Powered by Blogger.

Melancong Di Bosnia – Rakyat Malaysia Sangat Di Hargai Di Sana

sicksiders
Kali ini kami ingin kongsikan pengalaman Muhammad Adeed, dari Sick Siders Malaysia.
Muhammad Adeed dan rakan beliau (2 orang saja) dalam perjalanan dari UK ke Malaysia dengan menggunakan basikal dan perlu menempuh perjalanan sejauh 29,000 km.
Jom ikut pengalaman mereka sewaktu singgah di Bosnia.

bosnia
Seriously jatuh cinta dengan Bosnia! Dalam perjalanan ke Sarajevo, aku berhenti sarapan di sebuah kedai roti, ada seorang pakcik di dalam sedang memerhati gelagat aku menyandar basikal di cermin kedai, aku senyum padanya dan beliau menunjukkan isyarat agar basikal aku disandar lebih condong sedikit supaya tidak jatuh.
Kemudian aku masuk kedalam kedai dan membeli roti, pakcik tu bangun dan menyuruh aku duduk di tempatnya kerana boleh melihat basikal dengan jelas dan dia berpindah ke meja di belakang sedikit. Aku mengucapkan terima kasih dan dia menegur “Malaysia?”, lalu aku angguk dan menjawab “yes, from Malaysia”, lalu dia senyum. Sebelum beredar dia berbual dengan makcik kedai ni dan menyuruh beliau bungkuskan roti sama seperti yang aku beli lalu beri kepada aku, dan dia salam aku lalu beredar, aku mengucapkan berbanyak terima kasih padanya.
Orang Bosnia sangat-sangat menghormati dan menyayangi Malaysia, kerana nagara Malaysia banyak membantu mereka semasa peperangan dahulu. Kemana sahaja pelusuk aku pergi di Bosnia ini, mereka senyum dan tegur apabila melihat bendera Malaysia. Mereka sangat-sangat berterima kasih pada Malaysia.
Aku melihat newsfeed di facebook aku tiap-tiap hari ada sahaja yang post di wall mereka tentang buruknya Malaysia. Sejujurnya aku mintak korang tolonglah keluar dari Malaysia, pergi ke bermacam-macam negara, kau akan lihat Malaysia dengan suatu pandangan yang berbeza sebab aku sendiri sudah merasainya.
Journey to Homeland by Sick Siders Malaysia
www.sicksidersmalaysia.com
— at Mostar.
Credit : Muhammad Adeeb dan Sick Siders Malaysia

0 comments:

Post a Comment